Halaman

Jumaat, 28 Mei 2010

PASUKAN BOLA SEPAK KELANTAN



Sejarah Pasukan

Ditubuhkan pada tahun 1946, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak tertua di pantai timur Malaysia. Dari segi kejuaraan, Kelantan tidak pernah bergelar juara sama ada dalam saingan liga domestik atau saingan Piala Malaysia dan juga Piala FA.

Namun pasukan ini pernah layak ke peringkat akhir saingan Piala Malaysia pada tahun 1955, 1970 dan 2009. Manakala saingan Piala FA, pasukan Kelantan bergelar naib juara pada tahun 2009 setelah kalah kepada pasukan Selangor dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-1.

Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun.


Pada 18 Januari 2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran Negeri .

Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.

SKUAD BOLA SEPAK KELANTAN 2010


Kafe, Radio Internet KAFA


Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) melangkah setapak lagi dalam usaha menjadikan pasukan itu sebagai salah satu jenama sukan tanah air apabila membuka kafe The Red Warriors Station (TRWS) serta radio Internet rasmi mereka, The Red Warriors FM (TRW.FM).

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, langkah tersebut selaras dengan usaha persatuan itu untuk memastikan bola sepak menjadi sebuah industri perniagaan yang menguntungkan dan mampu menjana pendapatan kepada pasukan.

“Kafe ini akan dijadikan sebagai tempat untuk peminat bola sepak berkumpul, malah di sini juga pelbagai cenderamata pasukan The Red Warriors akan dijual.

“Selain itu, dengan adanya radio rasmi ini, peminat The Red Warriors di seluruh dunia dapat mengetahui perkembangan semasa pasukan dan mengikuti setiap perlawanan secara langsung,” katanya.

Upacara perasmian TRWS dan TRW.FM telah dilakukan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

TRWS dibuka atas ilham dan pelaburan seorang usahawan terkenal yang juga peminat setia The Red Warriors, Datuk Siti Hamidah Hamad.


Era Ketua Jurulatih Peter James Butler


Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Di bawah kendalian ketua jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 90-an pasukan Kelantan berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam liga bola sepak Malaysia.

Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4.

Namun kemaraan pasukan Kelantan tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke pentas final Piala Malaysia pada tahun yang sama, walaupun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai Ketua Jurulati Kelantan seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia.

Beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.

Era Ketua Jurulatih B.Sathianathan


Kelantan dikejutkan dengan berita perletakan jawatan Ketua Jurulatih Peter James Butler seminggu sebelum sepak mula kempen Piala Malaysia edisi 2009. Namun begitu pihak pengurusan pasukan berjaya mengatasi masalah yang berlaku dan melantik bekas pengendali pasukan kebangsaan B.Sathianathan dalam meneruskan kempen Piala Malaysia.

Beliau berjaya membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final bertemu dengan pasukan Negeri Sembilan sebelum tewas 1-3. Tahun 2010 B.Sathianathan diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih pasukan Kelantan bagi menghadapi musim liga Malaysia tahun 2010 dan meraih kejayaan kepada pasukan dan negeri Kelantan dalam merangkul piala-piala yang dipertandingkan.

Namun begitu, beliau gagal membawa pasukan Kelantan melangkah ke pentas final Piala FA edisi ke 21 musim 2010 apabila tewas mengejut kepada pasukan Kedah melalui penentuan jaringan di tempat lawan. Keadaan ini menyebabkan penyokong-penyokong mula hilang kepercayaan kepada beliau untuk mengemudi pasukan ini dalam meneruskan kempen liga super dan kempen Piala Malaysia musim 2010 dan mendesak beliau agar meletak jawatan sebagai Ketua Jurulatih.

Stadium Keramat


Stadium Sultan Muhammad Ke-IV merupakan venue perlawanan bagi pasukan Kelantan. Stadium ini boleh menampung jumlah penonton seramai 30,000 (duduk dan berdiri) dalam satu-satu masa. Ia terletak di Jalan Doktor dan dibina pada tahun 1967.

Dalam saingan liga super musim 2008-2009 menyaksikan jumlah penonton yang hadir memberi sokongan mencecah puluhan ribu sehingga memenuhi setiap sudut dan ruang di stadium ini.

Pasukan Kelantan tidak pernah kalah kepada pasukan lawan setiap kali perlawanan yang diadakan disini. Walaubagaimana pun rekod tanpa kalah pasukan Kelantan di stadium keramat ini lebur di tangan pasukan Terengganu dalam saingan Piala Malaysia musim 2008.

Stadium Baru?

Bagi memenuhi keperluan yang terdesak pada masa kini, Persatuan Bola Sepak Amatur Kelatan (KAFA) telah menggumunkan perlunya sebuah stadium baru bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad ke-IV yang telah uzur dan tidak mempunyai kemudahan asas moden.

Jesteru itu pihak KAFA telah mengemukakan satu permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan dana kewangan untuk membina sebuah stadium yang baru yang mungkin dibina di Mukim Gading Galoh Jajahan Machang.

Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri Kelantan turut mengemukakan permohonan kepada unit perancangan ekonomi negara dalam mendapatkan peruntukan sebanyak RM500 Juta untuk membina sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tunjung Jajahan Kota Bharu. Jika kedua-duanya mendapat kelulusan pihak unit perancangan ekonomi negara, Negeri Kelantan bakal memiliki tiga buah stadium pada masa yang akan datang.

Pahlawan Merah (Penyokong Fanatik Kelantan FA)

Kelantan merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima sokongan padu daripada penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di stadium mereka.

Penyokong Kelantan dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah". Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan di stadium keramat mereka, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Kehadiran penyokong fanatik Kelantan ini bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak Pasukan Kelantan ditubuhkan pada tahun 1946.

Sehingga kehadiran penyokong mereka begitu dirasai oleh para pemain dan pihak pengurusan pasukan Kelantan dan sentiasa menyebabkan pasukan lawan berasa gerun setiap kali bertemu dengan pasukan Kelantan. Penyokong dikatakan sebagai pemain ke-12 bagi pasukan Kelantan.

Tragedi 9 April 2009



Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen Piala FA separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan.

Rusuhan ini dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan menerima kunjungan pasukan Negeri Sembilan. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan, Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan, Zakuan Adha Abdul Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan penyokong-penyokong Kelantan.

Setelah tamat permainan, keadaan dalam stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai 26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga di arah keluar oleh pihak polis yang mengawal permainan pada malam itu.

Namun di luar stadium hampir 2000 orang penyokong Kelantan telah merusuh di perkarangan stadium dengan membakar kenderaan pasukan polis dan merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. seramai 100 orang pasukan polis persekutuan dan anti rusuhan telah di arahkan untuk mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan dan meredakan keadaan yang berlaku pada malam kejadian itu.

Akibat kejadian yang berlaku, Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menggangtung pasukan Kelantan beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat musim 2009 dan telah memilih stadium berkecuali Stadium Putra Bukit Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan dengan pihak lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku.

Rusuhan Di Stadium Nasional Bukit Jalil (Final Piala Malaysia 2009)


Kekalahan Pasukan Kelantan kepada Pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya rusuhan Penyokong Pasukan Kelantan dengan membakar kain rentang gergasi dan juga kerusi-kerusi penonton.

Kejadian ini menggakibatkan Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi berjumlah RM34,000.

Pencapaian Domestik
  • Naib Juara Piala Malaysia - 1955, 1970, 2009
  • Naib Juara Piala FA - 2009
  • Juara Divisyen 1 / Perdana 1 / Liga Perdana - 2000
  • Juara Piala FAM - 2005
Penaja Pakaian
  • Adidas - 1995 - 2001
  • Nike - 2002 - 2008
  • Sportzone - 2009
  • Umbro - 2010
Penaja Liga
  • Dunhill - 1984 - 2003
  • TM - 2004 - Sekarang
Penaja Pasukan
  • Syarikat Penerbangan Air Asia
  • Syarikat Al Hamra
  • Syarikat Akhbar Sinar Harian
  • Syarikat Yusmira Trading
Senarai Bekas Pemain Luar Negara


Pengurus Pasukan

  • 2009 - 2009 = Peter James Butler
  • 2006 - 2008 = Ahmad Jazlan Yaakub
  • 2005 = Haji Azman Ibrahim
  • 1998 - 2002 = Datuk Wan Hashim Wan Daud
Ketua Jurulatih
  • 2009 - Sekarang - B. Sathianathan
  • 2009 - Peter James Butler
  • 2008 - Regis Laguesse
  • 2008 - Norizam Bakar
  • 2007 - Anizan Daud
  • 2007 - Haji Kamaruddin Mohamad
  • 2005 - 2006 - Abdul Rahim Ahmad
  • 2003 - 2004 - Abdullah Mohamad
  • 2001 - 2002 - K. Rajagopal
  • 2000 - Abdul Rahim Ahmad
  • 1999 - Mosthakeen Omar
  • 1996 - 1997 - Kelly Tham
  • 1994 - Milous Kvacek
  • 1993 - M. Karathu
  • 1992 - Horst Heese
  • 1991 - Milan Duricic
  • 1989 - Majid Ariff



Khamis, 27 Mei 2010

SAINTIS TEMUI TEMPAT KAWAL PERASAAN CEMBURU


Sekumpulan saintis di Amerika Syarikat menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu.

Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.

Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.

"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.

"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.

Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.

"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya.

CINTA DATANG DARI OTAK


Seorang pakar neurosains di New York, Larry Young mendapati sumber perasaan cinta datangnya dari otak dan bukannya hati.

Dia membuat penemuan itu selepas melakukan kajian bersama beberapa penyelidik lain bagi menjelaskan punca cinta romantik menerusi kaedah biologi.

Penemuan itu bertentangan dengan tanggapan banyak pihak bahawa perasaan cinta datang dari hati.

"Ia (cinta datang dari otak) mempunyai asas-asas biologi," kata Young dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Yerkes di Universiti Emory, Atlanta.

Kawasan utama dalam otak yang mewujudkan perasaan cinta itu dikenali sebagai ventral tegmental (VTA).

Menurut seorang penyelidik, Profesor Helen Fisher dari Universiti Rutgers, kawasan VTA menjadi aktif ketika seseorang itu cuba memenangi cinta.

BERCERAI JADIKAN WAJAH LEBIH TUA


Mungkinkah wajah Madonna akan kelihatan lebih tua kerana baru-baru ini dia bercerai dengan suaminya, Guy Ritchie yang merupakan seorang pengarah filem?

Persoalan itu dikemukakan kerana satu kajian menunjukkan wajah mangsa perceraian kelihatan lebih tua berbanding mereka yang tidak bercerai.

Kajian itu diketuai oleh Profesor Bahaman Guyuron yang mengumpulkan maklumat menerusi soal selidik dan imej digital daripada 186 pasangan kembar.

Hasil keputusan itu menunjukkan salah satu kembar yang bercerai didapati memiliki wajah dua tahun lebih tua berbanding saudaranya yang tidak bercerai.

Mereka yang mengambil pil antitekanan dan berat badan berlebihan turut didapati memiliki wajah lebih tua.

Kajian itu dilakukan oleh Universiti Case Western di Amerika Syarikat (AS) dan diterbitkan dalam Journal of the American Society of Plastic Surgeons.

"Jika anda memperkenalkan beberapa faktor lain dalam kehidupan anda, pastinya umur anda akan meningkat lebih cepat dan jika anda meninggalkan faktor itu, anda boleh memperlahankan waktu (penuaan)," kata Guyuron.

KANAK - KANAK TONTON TV 2,000 JAM SETAHUN


Satu kajian membabitkan 3,000 kanak-kanak di Britain mendapati mereka menonton televisyen selama 1,934 jam atau 1,000 kali lebih banyak berbanding masa yang dihabiskan untuk belajar di sekolah.

Kanak-kanak juga didapati menghabiskan masa selama lima jam 18 minit sehari untuk menonton rancangan kegemaran mereka. Malah, kanak-kanak daripada keluarga berada turut mempunyai peti televisyen sendiri.

Menurut penyelidik Authors Ed Mayo dan Dr. Agnes Nairn, mereka mendapati kanak-kanak sekolah rendah mempunyai komputer peribadi manakala suku daripada mereka melayari Internet di bilik tidur.

"Pada masa lalu, kanak-kanak bergembira dengan buku di bilik tidur atau bermain dengan anak patung. Hari ini, kamar tidur kanak-kanak telah menjadi bilik berteknologi tinggi," kata Ed Mayo.

KUDA MASUK PAWAGAM


Para penonton sebuah panggung wayang di Britain terkejut selepas seekor kuda tiba-tiba memasuki bangunan berkenaan. Kejadian tersebut berlaku pada 6 Januari 2009.

Haiwan itu dipercayai terlepas dari sebuah ladang berhampiran sebelum tiba di hadapan pawagam itu di Boldon, South Tyneside.

Seorang saksi berkata, haiwan itu pada mulanya berlegar-legar di luar sebelum berlari masuk ke dalam lobi premis tersebut selepas seorang kanak-kanak meletupkan belon.

Kuda itu berlari di koridor sebelum berpatah balik dan keluar melalui sebuah pintu kecemasan.

"Walaupun kejadian itu berlaku tidak sampai 20 saat, tetapi orang ramai terkejut kerana tidak menduga seekor kuda boleh berada di lobi sebuah pawagam," kata seorang saksi.

Kejadian itu yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) turut disiarkan di laman web YouTube sebelum ditarik balik baru-baru ini.

WANITA MILIKI PALING BANYAK TATU



Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Julia Gnuse mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila dia memiliki tatu paling banyak di tubuhnya.

Dia yang menetap di Foothill Ranch, Lake Forest, California menghadiri pesta buku di sini kelmarin dengan menunjukkan 95 peratus tubuhnya dipenuhi tatu termasuk lukisan hutan dan kartun sehingga menampilkan wajah pelakon terkenal.

Menceritakan kenapa dia mempunyai banyak tatu, Julia berkata, pada mulanya dia membuat tatu di kakinya yang mengalami penyakit kulit melepuh apabila terdedah pada cahaya matahari.

Dia kemudian bertatu di perut, lengan dan belakang badan. Menurutnya, dia kemudian menjadi seorang wanita yang ketagih tatu.

BUDAK 2 TAHUN MEROKOK


Polis melancarkan siasatan terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak berumur dua tahun yang dilihat merokok dalam klip video di laman perkongsian video YouTube, kata seorang pegawai Indonesia semalam setelah klip video berkenaan mendapat perhatian di seluruh dunia.

Klip video itu menunjukkan seorang kanak-kanak berbadan gempal bernama, Ardi Rizal, ketawa sambil menghisap sebatang rokok ketika berbual dengan beberapa orang dewasa di sekelilingnya di sebuah kampung di Indonesia.

"Kita akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak berkenaan," kata pegawai Kementerian Perlindungan Kanak-Kanak dan Wanita, Heru Kasidi.

Ardi dilaporkan menghisap sekurang-kurangnya 40 batang rokok sehari semasa berusia 18 bulan.

SUMPAHAN


Seorang manusia yang dikatakan telah di sumpah menjadi separuh ikan, mengikut cerita pengirim (peminat setia ruangan Kebesaran Ilahi).

Menurut cerita dari yang mendapat gambar asal ini bahawa ada seorang permaisuri raja telah menderhaka kepada raja sehingga raja terlalu murka lalu menyumpahnya seperti sedemikian.

Akan tetapi jawapannya WALLAHU 'ALAM - Allah sahaja Yang Maha mengetahui segala-galanya.

POKOK BERBENTUK KALIMAH "LA ILAHA ILLALLAH"


Gambar ini menunjukkan barisan pokok yang mempunyai kalimah 'La Ilaha Illallah' yang terdapat di Jerman.

POKOK RUKUK


Sesungguhnya bukan manusia sahaja yang tunduk menyembah Ilahi, namun makhluk lain turut mengabdikan diri kepada Tuhan.

Seperti mana yang dapat dilihat pada fenomena ini yang berlaku di hutan berhampiran Sydney.

Ia menunjukkan seolah-olah batang pokok ini sedang tunduk dan patuh terhadap yang Esa.

Dapat dilihat separuh daripada batang pokok itu bongkok seperti seorang muslim sedang sembahyang dan juga seperti tangan manusia yang berada di lutut sewaktu rukuk.

Justeru itu kita sebagai hamba di muka bumi ini haruslah mengambil iktibar daripada kejadian aneh ini.

GAMBAR SEKSI LISA SURIHANI




  • NAMA ASAL : LISA SURIHANI BINTI MOHAMMED
  • TARIKH LAHIR : 23 MARCH 1986
  • ASAL : KUALA LUMPUR

GAMBAR SEKSI BUNGA CITRA LESTARI







  • NAMA PENUH : BUNGA CITRA LESTARI
  • NAMA PANGGILAN : UNGE
  • TARIKH LAHIR : 22 MARCH 1983
  • ASAL : JAKARTA, INDONESIA
  • SUAMI : ASHRAF SINCLAIR

Rabu, 26 Mei 2010

PONDAN SAMBUT HARI JADI PERTAMA SEBAGAI WANITA


Seorang pondan India, Rose Venkatesan, 30, menyambut hari jadi yang pertama sebagai wanita baru-baru ini pada 8 Mei 2010 di Chennai, India.

Dia yang sebelum itu dikenali dengan nama Ramesh, menjadi pondan pertama di negara tersebut yang menjalani pembedahan pertukaran jantina pada awal Mac lalu dan kini bertugas sebagai pengacara sebuah program televisyen.

"Saya amat gembira. Pada setiap hari, diri saya semakin cantik berseri dan saya seronok dengan penampilan sekarang," katanya yang kini sibuk sebagai penulis skrip filem dan bercita-cita untuk menjadi aktres terkenal Bollywood.

KERETA KALIS PELURU RM 3.16 JUTA


Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hummer yang dikilangkan di Kanada kini mencipta nama sebagai kenderaan kalis peluru paling mewah di dunia pada 11 Mei 2010.

Kereta itu yang dinamakan Knight XV memiliki panjang 6.09 meter manakala harganya bermula dari AS$484,645 (RM1.5 juta) hingga AS$989,946 (RM3.16 juta) bergantung kepada ciri-ciri tambahan yang diminta pelanggan.

Selain mampu menahan hujan peluru, Knight XV dilengkapi tempat duduk mewah, skrin televisyen cecair kristal (LCD), permainan video Playstation, sistem audio 12 pembesar suara serta sistem pembesar suara yang membolehkan penumpang bercakap dengan orang di luar tanpa perlu membuka tingkap kenderaan.

"Kami percaya telah mencipta segmen tersendiri bagi pasaran kenderaan kalis peluru mewah dengan Knight XV," kata Presiden Syarikat Conquest Vehicles yang mengeluarkan kenderaan istimewa itu, William Maizlin.

Kenderaan kalis peluru gergasi itu dijana enjin V10 Ford dengan 400 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan maksimum 160 kilometer sejam.