Halaman

Khamis, 27 Mei 2010

BERCERAI JADIKAN WAJAH LEBIH TUA


Mungkinkah wajah Madonna akan kelihatan lebih tua kerana baru-baru ini dia bercerai dengan suaminya, Guy Ritchie yang merupakan seorang pengarah filem?

Persoalan itu dikemukakan kerana satu kajian menunjukkan wajah mangsa perceraian kelihatan lebih tua berbanding mereka yang tidak bercerai.

Kajian itu diketuai oleh Profesor Bahaman Guyuron yang mengumpulkan maklumat menerusi soal selidik dan imej digital daripada 186 pasangan kembar.

Hasil keputusan itu menunjukkan salah satu kembar yang bercerai didapati memiliki wajah dua tahun lebih tua berbanding saudaranya yang tidak bercerai.

Mereka yang mengambil pil antitekanan dan berat badan berlebihan turut didapati memiliki wajah lebih tua.

Kajian itu dilakukan oleh Universiti Case Western di Amerika Syarikat (AS) dan diterbitkan dalam Journal of the American Society of Plastic Surgeons.

"Jika anda memperkenalkan beberapa faktor lain dalam kehidupan anda, pastinya umur anda akan meningkat lebih cepat dan jika anda meninggalkan faktor itu, anda boleh memperlahankan waktu (penuaan)," kata Guyuron.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan