Halaman

Khamis, 27 Mei 2010

KUDA MASUK PAWAGAM


Para penonton sebuah panggung wayang di Britain terkejut selepas seekor kuda tiba-tiba memasuki bangunan berkenaan. Kejadian tersebut berlaku pada 6 Januari 2009.

Haiwan itu dipercayai terlepas dari sebuah ladang berhampiran sebelum tiba di hadapan pawagam itu di Boldon, South Tyneside.

Seorang saksi berkata, haiwan itu pada mulanya berlegar-legar di luar sebelum berlari masuk ke dalam lobi premis tersebut selepas seorang kanak-kanak meletupkan belon.

Kuda itu berlari di koridor sebelum berpatah balik dan keluar melalui sebuah pintu kecemasan.

"Walaupun kejadian itu berlaku tidak sampai 20 saat, tetapi orang ramai terkejut kerana tidak menduga seekor kuda boleh berada di lobi sebuah pawagam," kata seorang saksi.

Kejadian itu yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) turut disiarkan di laman web YouTube sebelum ditarik balik baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan