Muka satu pasangan kembar yang merupakan pelakon televisyen terkenal di Perancis, Igor Bogdanoff dan Grichka Bogdanoff kini kelihatan seperti wajah makhluk asing yang kerap disiarkan dalam filem dan televisyen.
Pasangan kembar itu sebelum ini popular semasa berlakon dalam siri fiksyen sains Temps X pada 1980-an sebelum menjadi peminat pembedahan plastik.
Muka pasangan kembar itu menjadi seperti wajah makhluk asing yang dipaparkan dalam filem dan televisyen akibat kesan terlalu banyak menjalani pembedahan plastik.
Gambar wajah mereka seperti makhluk asing itu dirakamkan oleh jurugambar semasa mereka menghadiri satu parti di Cannes, Perancis pada 20 Mei 2010
Mereka difahamkan menjalani banyak pembedahan plastik di bahagian pipi dan dagu termasuk menggunakan Botox.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan